Friday, December 7, 2012

Tentang Rasa


Assalamualaikum.fuhh..sudah tersangat lama aku tak post something kat blog aku ni.berusang dah aku tengok.hari ni agak pelik sebab boleh rasa terlintas nak post.hehe.aku xtau nak letak tajuk post ni apa sebenarnya.tak fikir lagi.nanti dah habis menaip,baru idea tu datang kot.kehkeh.

penah tengok cerita telemovie Aku, Dia dan Tong Sampah tak? kalau belum aku nak suggest suruh pegi download sekarang dan tengok.sebab apa kena tengok? sebab ada Beto Kusyari! haha.taklah.sebab cerita tu tersangat lah sweet.bagi aku.setakat ni aku dah tengok cerita tu 3 kali.haa.kenapa sampai 3 kali? sebab ada Beto Kusyairi? taklah.sebab cerita tu sebenarnya mengingatkan satu kisah tentang aku dan dia.hehe.aku dan dia sahaja.tong sampah xde.


ni laa cerita dia..


cerita ni mengisahkan tentang dua pasangan yang berjumpa masa dorang nak buang surat2 yang ex dorang bagi.nak dijadikan cerita dorang terlanggar sampai surat-surat tu terjatuh then tertukar surat.si beto ni dah buang surat yang kononnya surat dari ex dia tuh.tp si saleha ni pulak tak rasa nak buang lagi.dy patah balik rumah bwk surat2 tu dan tersedar yang dy sebenarnya tertukar surat dgn si beto bila dy tengok tu bukan surat2 dy.dy pergi rumah beto dgn harapan nak dapatkan balik surat tu dari beto.malangnya beto dh buang.dari situ lah dorang lepak sama.borak punya borak at the end dpt tau yang ex si beto kapel dgn ex si saleha.dari situ lah dorang buat 1 plan berlakon macam kapel utk buat ex-ex dorang tu nak kat dorang balik.dari situlah segalanya bermula..

lebih kurang macam tu lah sinopsis dia.malas aku nak cerita.tengok lah sendiri.tapi aku berani jamin lah konfem tak menyesal.hehe.setiap kali aku tengok cerita ni mesti aku akan senyum sampai ke telinga.walaupun tu dah kali ketiga aku tengok.hehe. kisah aku dgn dia,xde lah terserempak kat tong sampah bagai kan..tapi,hmm..lebih kurang la kot.kehkeh

dulu bagi aku bercinta ni kan,kau kena suka kat someone,kau kena approach dia and klau dy suka kau jugak,kira kau dapat,then declare as kapel.serasi tak serasi blakang kira lah kan.asal korang dah kapel tu,semua benda terus tukar jadi macam pasangan bercinta lain.ya,at the end mungkin perasaan tu akan wujud jugak cuma persoalannya, sampai bila? betulkah dia yang kau cari untuk sehidup semati? bila kau dah nampak buruk baik dia,boleh ker kau still bersama dia? .banyak aku tengok kisahnya macam tu. tapi aku ni lain sikit.aku tak pernah suka orang dengan hanya aku tengok gaya or rupa jer. seboleh2nya aku akan pastikan apa sebenarnya yang aku rasa.sebab tu bagi aku,nak terima someone dalam hidup bukanlah sesuatu yang boleh kita nak ambil remeh.lain lah kalau kau memang nak main2.eheh

a'ahh.budak ni comel sangatt

kisah aku dan dia ni unexpected sebenarnya.kami bermula sebagai kawan.tapi kami sangat serasi,sekepala dan saling melengkapi.kami tak perlu nak bgtahu sesama sendiri yang "hey,aku cintakan kau.jom kapel!" tak..it just come directly from our heart.masing2 dapat rasa dan saling tahu apa yang diri masing2 rasa.apa yang membuatkan kami bersama sampai sekarang adalah kerana rasa 'happy' yang kami rasa bila bersama.sesautu yang kami tak boleh nak sangkal.dan rasa itulah yang menjadikan kami saling sayang menyayangi dan mencintai di saat ini.*perghh ayat..

ada apa pada rupa yang cantik dan hensem kalau kau tak rasa bahagia? mungkin kau boleh dapat awek atau pakwe yang awesome,yang bila kau jalan dengan dy semua orang pandang,yang mungkin famous dengan kecantikan dy dikalangan budak2 satu kolej,yang bila dy buat apa semua orang nak ambik tahu,yang bila kau boleh rasa bangga nak bgtahu satu dunia yang dia tu awek or pakwe kau.bagi aku aku tak perlu semua tu.cukuplah dengan rasa 'happy' bila bersama.cukuplah.rasa itu dah mampu buat kau rasa dunia tu kau yang punya sebenarnya.takde bandingan. :)


aku tak pernah mencari.aku tak pernah berharap seseorang untuk datang dlm hidup aku dan buat aku gembira.tapi dengan apa yang aku rasa bila bersama dia untuk pertama kalinya,aku yakin dia datang untuk sesuatu.bukan sekadar nak singgah kejap jenguk hati aku.hidup aku banyak dah berubah sejak aku kenal dia.dan perubahan itu dah buat aku tanam impian untuk terus bersama dia sampai bila-bila. i wish he will be mine forever..
i
aku buat sendiri neh! 

tak perlu aku nak bgtahu dia yang aku sayang dia hari-hari.tapi aku nak dia rasa yang kasih sayang aku ni akan sentiasa ada untuk dia.takkan pernah berkurang.walau macam mana pun pengakhiran kisah aku dan dia,aku akan tetap bersyukur tuhan dah bagi aku kenal dia.orang cakap,setiap orang yang datang dalam hidup kita ni samada untuk mengajar kita tentang sesuatu ataupun untuk terus kekal bersama-sama dengan kita sampai bila-bila.dan untuk aku, memang aku berharap sangat dia datang dalam hidup aku untuk kedua2 sebab tu.boleh kan?

dalam cerita ni jugak dia ada cakap. kita tak perlu ubah diri kita untuk orang lain.ya,just be yourself.kalau dia bahagia dengan kita,dia tak kisah macam mana pun kita sebenarnya.terima seadanya.perasaan kau pun tak berkurang lepas kau tahu buruk baiknya dia.mencintai biarlah atas dasar kekurangan yang ada.bukannya kelebihan.kekurangan itulah yang akan menjadikan kita dan pasangan tu saling melengkapi.tiada yang sempurna.kalau kau nak harap pasangan kau awesome sentiasa,memang x dapat la.cengginilah alamatnya..


sampai kau jadi tengkorak hidup pun kau takkan dapat

gaduh,tak sama pendapat,terasa tak semena-mena tu biasa.bila dah sayang semua dia buat mostly akan effect kita sama.itu biasa.dan kat sini komunikasilah yang memainkan peranan yang paling penting.kena saling bertolak ansur dan saling memahami sebenarnya.aku ni kalau nak bercakap pasal pengalaman bercinta yang lepas memang aku xde lah,haha.tapi dengan apa yang aku ada sekarang aku belajar.dan akan terus belajar.untuk someone yang x pernah ada pengalaman bercinta macam aku ni,kalau boleh semua benda aku nak nampak sempurna.tp tak boleh la macam tu.akan ada cacat celanya jugak.akan ada perkara yang mengecewakan,akan ada harapan yang tak jadi kenyataan.selagi kita bersyukur dengan setiap benda yang kita ada,hidup kita akan terasa cukup sempurna dah sebenarnya.

untuk awak, Terima Kasih untuk segalanya. :)

Friday, November 25, 2011

Kenapa....


ak kan suka tertanya2..

knapa ada 1 masa,hbungan antara kengkawan makin renggang..

ada 1 masa,baik sgt dgn si polan neh..

jenih ak y mmg appreciate freindship neh,

mmg ak akn berbaik dgn smua org

tmbah la y selesa nk berbaik ngan ak..

lagii ak rasa terharu..sobs

yalaa..ak ni budak popuan biasa x ckup ayu,'minah rempit',dan lengai..hahah

bila org berbaik ngan aku,biasanya berganda ak akn berbaik ngn org tuh..

x kisah la laki ke pompuan..

ak jenis senang berkwan..

syg n care psal kengawan..sbb dlm idup aku,

kwn org kedua terpenting kdudukannya di bwh family..

ak x punya somene special y lain..mcm boypren..

so,idup aku mmg dilengakapi dgn karenah kwan2..

nak jaga adik pun,ak ank bongsu.,.haha

nak jaga abg2 pun,awek n bini depa pakat dok jaga dah..;p




so,susah senang kengkawan ak rasa..

wlaupun kdg aku x mmpu buat apa2 bila depa sedih..

wlaupun kdg2 ak x tau nk tnjuk cmna ak care..

aku x pernah harapkan apa2..

ckuplah skdr hbungan kita berkekalan smpai ke akhir..

x lupa aku bila punya y lain..

x lupa aku bila korang hepi..

cari aku bila korang sedih....

tu y aku nak..ak akn apreciate smua tu..


tapi....kenapa..kenapa..kenapa..

akan ada hbungan y terputus d pertengahan jlan..

tnpa sebab dan alasan,kita makin x peduli sesama sendiri..

salah ape la y aku dh buat..

dosa besar mane lah aku kt kau..

ak x hrapkan ape2..knapa perlu ada prasagka..

knapa kita xbleh setia berbaik mcm dulu??..



hmm..kdg aku terpikir..

mungkin ni 1 takdir..tuhan,knapa jarakkan kami..

ats dsar apa..knapa buat aku tertnya2..

utk apa kami bertemu dan menjadi kawan..

andai hbungan ini x berkekalan..

aku rindu..yaa...aku rindu kau kawan..

aku yakin tuhan takdirkan sesuatu bersebab..

dan ak dh mula nmpak sebab dy..

trima kasih tuhan..

kau jarakkan ak dgn dia,utk kau beri aku ramai lagi kawan y lain!

terima kasih ya allah...

tetapi kawan,ketahuilah..

aku rindu..maafkan aku atas slah silap dan tutur bicara y buat kau tersinggung barangkali..

maafkan aku..smoga hidup kau lebih bahgia tanpa aku...

andai ada 1 masa,aku diperlukan,ak sedia bersama..

asalkan kau gembira...=')

p/s: JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SHABAT2 Y MASIH SETIA DI SISI SEHINGGA KINI...AKU SAYANG GILA KAT HAMPA WEI...=')

Sunday, November 20, 2011

Snap & Photoshop : Portraiture


Photography ni mmg salah 1 minat aku

tp..xder lak ksempatan ak nak ceburi..

so,jadikan hobi jelah..

*tu pun klau dpt kebas kamera abg ak..haha


ni ada la skit pic hasil tgkapan n edit aku sniri..

just suka2..heh






model-model x berbayar ni semua kengkawan aku..

untung aku kawan semua cantik2..

dpt model free..keh3

itu ja buat masa ni..next pic akan menyusul...

snap by: Nikon D40x, edit: Adobe Photoshop Cs4

p/s: mcm gmbr utk agensi mncari jdoh la plak..eheh

Saturday, November 19, 2011

DOWN


Terasa nk demam trus bila check formula statistik y ak merepek dlm midterm smlam..T_T
dh la ni sbjek hrapan..buat tutor..buat asignment pnya smangat..
skali midterm xleh buat..ak bajet2 0 je markah ak..
ya allah...down giler rasa...

semnagat ak hancur berkecai mcm ni!

p/s: nad,tolong la jgn stress.nt jerawat lg banyak kt muka! =_='

Tuesday, October 25, 2011

Coretan Kosong




HIDUP

1001 rasa..1001 ujian..1001 perasaan..

itu karma..kenapa kau terlalu kisah?

hari ini,dy dtg...esok mungkin dy pergi..

hari ini kau senyum..esok mungkin kau menangis...

hari ini kau bahgia..esok mungkin kau derita..


manusia berubah..

itu pasti...

jgn disoal lg..

hakikat harus ditelan..bukan disimpan..


HIDUP

jgn terlalu banyak kepura-puraan..

kelak parah kerana lari dari kenyataan..

rasa itu harus dtanggung sendiri..

tidak dapat dikongsi..


belajar menghargai org y menghargai diri...

peduli pada yang membenci..

kerana kenyataan xkan dpt kau lari..


smoga sabar dan terus kuat..

walaupun kau masih berasa sendiri di kala kau dikelilingi..

---------------------------------------


Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..
dah raya ke 6 baru nk wish..
raya sebulan kan2..so,
 Selamat Hari Raya..
Maaf ats salah silap,
keterlanjuran kata atau 
perbuatan kurang mnyenangkan saya..


Maaf Zahir Batin..



Saturday, August 20, 2011

Kalau Kau, Kau Mampu??


Asslamualaikum...
entry sbelum neh emo kan3..
xsuka pun bila ak emo sbenarnya..heh
abeh ayt smua tukaq jd sjak..haha
tingat lak mmbe ak penah kata..

"lama x usha blog hg..dh bnyk entri ka? ka entri dok sedih melankolik lg ?? "

nmpk sgt ak slalu emo kan..haha..
dulu ak wat blog ni mmg utk coret time2 ak emo pun...
skg dh bnyk ak mrepek dh..skali skala ja emo..klu mcm smlm,tarikh mak ak mniggal..
agk2,klu hampa,ampa emo x? heh..

ak nk tuleh benda len sbenrnya..ak nk ckap psal hidup kita..or what we call as LIFE..
stiap manusia pasti Allah bg ujian..ya..setiap org..cuma ujiannya x sama...
ak yakin,semua org mesti penah merungut kan..sekuat2 iman mna pun seseorg tu,pasti kdg2,terlintas gak lam fikiran dy cmni..

"kenpa hdup ak mcm ni??"
"knapa dorang tu bleh hdup bhagia,tp ak x?? "
"kenapalah ak x penah dpat apa y aku nak??"
"knapalah dy tu cantik sgt..family kaya lak tu..knapalah ak x mcm dy.."
bla...bla...bla...

mcm2 lg lah klu dh nama pun mrungut kan...seribu 1 hal disoal..hilang rasa syukur dgn apa y ada..bila bnda dpan mata smua nmpak smpurna...tp life sniri,penuh dgn rungutan..ak ada bca status membe ak kt fesbuk..mmg super duper like lah..naseb butang like ada 1 ja..keh2

"Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain."

xpyah nk explen g kot ayt tu..dh ckup padat dgn maksud..jelas nyata..ya..bila kita asyik melihat org y lebih bertuah,kita xkan nmpak tuahnya hdup kita sbenarnya..knapa plak??
ok,cuba bandigkan hdup kita dgn org y jauhh lebih susah..

Mcm mna dgn sorg budak y terpaksa hdup d jalanan...
x berbapa..beribukan seorang pelacur..dy dihina..dpndang jijik..
mengutip sisa2 mkanan utk mengalas perut..
Kalau Kau,Kau Mampu??

Mcm mna dgn hamba Allah
y terpaksa menerima kematian seluruh ahli keluarganya dlm sekelip mata..
hilang kasih syg..sumber mata pencarian..
tiada harta y dtnggalkan..
dlm usia y masih mentah dy terpaksa menyara diri utk meneruskan hdup..
Kalau Kau,Kau Mampu??

Mcm mna plak dngan sebuah kelurga y hdup kaya raya
tp agama entah ke mna..ank2 mnjadi mangsa..
maksiat brlaku d dpan mata..
kurangnya ksh syg ibu bpa..
sendirian mncari arh tuju dan erti kbahgiaan..
Kalau Kau,Kau Mampu??

cuba kita bandigkan diri kita dengan golongan2 y diuji Allah tu..batapa jauhh lebih baik khupan kita..betapa kecilnya dugaan y Allah bagi pada kita..
tuhan xkan uji hambanya lebih dari kemampuan hamba itu sendiri..
tenang..sabar..syukur..
itulah kebahgiaan y sebenar..

"jangan kejar bahagia sebab bahagia nih macam rama rama. lagi dikejar lagi jauh dia terbang. tapi kalau tak kejar dia sendiri datang kat kita"


p/s: smoga ak sekuat itu...