Friday, December 7, 2012

Tentang Rasa


Assalamualaikum.fuhh..sudah tersangat lama aku tak post something kat blog aku ni.berusang dah aku tengok.hari ni agak pelik sebab boleh rasa terlintas nak post.hehe.aku xtau nak letak tajuk post ni apa sebenarnya.tak fikir lagi.nanti dah habis menaip,baru idea tu datang kot.kehkeh.

penah tengok cerita telemovie Aku, Dia dan Tong Sampah tak? kalau belum aku nak suggest suruh pegi download sekarang dan tengok.sebab apa kena tengok? sebab ada Beto Kusyari! haha.taklah.sebab cerita tu tersangat lah sweet.bagi aku.setakat ni aku dah tengok cerita tu 3 kali.haa.kenapa sampai 3 kali? sebab ada Beto Kusyairi? taklah.sebab cerita tu sebenarnya mengingatkan satu kisah tentang aku dan dia.hehe.aku dan dia sahaja.tong sampah xde.


ni laa cerita dia..


cerita ni mengisahkan tentang dua pasangan yang berjumpa masa dorang nak buang surat2 yang ex dorang bagi.nak dijadikan cerita dorang terlanggar sampai surat-surat tu terjatuh then tertukar surat.si beto ni dah buang surat yang kononnya surat dari ex dia tuh.tp si saleha ni pulak tak rasa nak buang lagi.dy patah balik rumah bwk surat2 tu dan tersedar yang dy sebenarnya tertukar surat dgn si beto bila dy tengok tu bukan surat2 dy.dy pergi rumah beto dgn harapan nak dapatkan balik surat tu dari beto.malangnya beto dh buang.dari situ lah dorang lepak sama.borak punya borak at the end dpt tau yang ex si beto kapel dgn ex si saleha.dari situ lah dorang buat 1 plan berlakon macam kapel utk buat ex-ex dorang tu nak kat dorang balik.dari situlah segalanya bermula..

lebih kurang macam tu lah sinopsis dia.malas aku nak cerita.tengok lah sendiri.tapi aku berani jamin lah konfem tak menyesal.hehe.setiap kali aku tengok cerita ni mesti aku akan senyum sampai ke telinga.walaupun tu dah kali ketiga aku tengok.hehe. kisah aku dgn dia,xde lah terserempak kat tong sampah bagai kan..tapi,hmm..lebih kurang la kot.kehkeh

dulu bagi aku bercinta ni kan,kau kena suka kat someone,kau kena approach dia and klau dy suka kau jugak,kira kau dapat,then declare as kapel.serasi tak serasi blakang kira lah kan.asal korang dah kapel tu,semua benda terus tukar jadi macam pasangan bercinta lain.ya,at the end mungkin perasaan tu akan wujud jugak cuma persoalannya, sampai bila? betulkah dia yang kau cari untuk sehidup semati? bila kau dah nampak buruk baik dia,boleh ker kau still bersama dia? .banyak aku tengok kisahnya macam tu. tapi aku ni lain sikit.aku tak pernah suka orang dengan hanya aku tengok gaya or rupa jer. seboleh2nya aku akan pastikan apa sebenarnya yang aku rasa.sebab tu bagi aku,nak terima someone dalam hidup bukanlah sesuatu yang boleh kita nak ambil remeh.lain lah kalau kau memang nak main2.eheh

a'ahh.budak ni comel sangatt

kisah aku dan dia ni unexpected sebenarnya.kami bermula sebagai kawan.tapi kami sangat serasi,sekepala dan saling melengkapi.kami tak perlu nak bgtahu sesama sendiri yang "hey,aku cintakan kau.jom kapel!" tak..it just come directly from our heart.masing2 dapat rasa dan saling tahu apa yang diri masing2 rasa.apa yang membuatkan kami bersama sampai sekarang adalah kerana rasa 'happy' yang kami rasa bila bersama.sesautu yang kami tak boleh nak sangkal.dan rasa itulah yang menjadikan kami saling sayang menyayangi dan mencintai di saat ini.*perghh ayat..

ada apa pada rupa yang cantik dan hensem kalau kau tak rasa bahagia? mungkin kau boleh dapat awek atau pakwe yang awesome,yang bila kau jalan dengan dy semua orang pandang,yang mungkin famous dengan kecantikan dy dikalangan budak2 satu kolej,yang bila dy buat apa semua orang nak ambik tahu,yang bila kau boleh rasa bangga nak bgtahu satu dunia yang dia tu awek or pakwe kau.bagi aku aku tak perlu semua tu.cukuplah dengan rasa 'happy' bila bersama.cukuplah.rasa itu dah mampu buat kau rasa dunia tu kau yang punya sebenarnya.takde bandingan. :)


aku tak pernah mencari.aku tak pernah berharap seseorang untuk datang dlm hidup aku dan buat aku gembira.tapi dengan apa yang aku rasa bila bersama dia untuk pertama kalinya,aku yakin dia datang untuk sesuatu.bukan sekadar nak singgah kejap jenguk hati aku.hidup aku banyak dah berubah sejak aku kenal dia.dan perubahan itu dah buat aku tanam impian untuk terus bersama dia sampai bila-bila. i wish he will be mine forever..
i
aku buat sendiri neh! 

tak perlu aku nak bgtahu dia yang aku sayang dia hari-hari.tapi aku nak dia rasa yang kasih sayang aku ni akan sentiasa ada untuk dia.takkan pernah berkurang.walau macam mana pun pengakhiran kisah aku dan dia,aku akan tetap bersyukur tuhan dah bagi aku kenal dia.orang cakap,setiap orang yang datang dalam hidup kita ni samada untuk mengajar kita tentang sesuatu ataupun untuk terus kekal bersama-sama dengan kita sampai bila-bila.dan untuk aku, memang aku berharap sangat dia datang dalam hidup aku untuk kedua2 sebab tu.boleh kan?

dalam cerita ni jugak dia ada cakap. kita tak perlu ubah diri kita untuk orang lain.ya,just be yourself.kalau dia bahagia dengan kita,dia tak kisah macam mana pun kita sebenarnya.terima seadanya.perasaan kau pun tak berkurang lepas kau tahu buruk baiknya dia.mencintai biarlah atas dasar kekurangan yang ada.bukannya kelebihan.kekurangan itulah yang akan menjadikan kita dan pasangan tu saling melengkapi.tiada yang sempurna.kalau kau nak harap pasangan kau awesome sentiasa,memang x dapat la.cengginilah alamatnya..


sampai kau jadi tengkorak hidup pun kau takkan dapat

gaduh,tak sama pendapat,terasa tak semena-mena tu biasa.bila dah sayang semua dia buat mostly akan effect kita sama.itu biasa.dan kat sini komunikasilah yang memainkan peranan yang paling penting.kena saling bertolak ansur dan saling memahami sebenarnya.aku ni kalau nak bercakap pasal pengalaman bercinta yang lepas memang aku xde lah,haha.tapi dengan apa yang aku ada sekarang aku belajar.dan akan terus belajar.untuk someone yang x pernah ada pengalaman bercinta macam aku ni,kalau boleh semua benda aku nak nampak sempurna.tp tak boleh la macam tu.akan ada cacat celanya jugak.akan ada perkara yang mengecewakan,akan ada harapan yang tak jadi kenyataan.selagi kita bersyukur dengan setiap benda yang kita ada,hidup kita akan terasa cukup sempurna dah sebenarnya.

untuk awak, Terima Kasih untuk segalanya. :)

No comments:

Post a Comment